Sunday , April 19 2015
Minuman Wanita Dalam Pantang
Minuman Wanita Dalam Pantang

Minuman Wanita Dalam Pantang

RM45.00

Minuman Wanita Dalam Pantang keluaran Atika Beauty dirumus khas dengan menggunakan herba-herba yang tinggi khasiatnya seperti kacip Fatimah, manjakani, madu, temugiring dan halia untuk membantu memulihkan tenaga selain mengembalikan kejelitaan kaum ibu selepas bersalin.

1 in stock

Khasiat

  • Mempercepatkan pemulihan luka
  • Membantu mengecutkan rahim
  • Membekalkan tenaga dan stamina
  • Memudar dan menghilangkan rekahan dan parut pada kulit
  • Membantu membentuk tubuh badan yang ideal
  • Mengencangkan otot-otot rahim dan payudara
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Membuang angin dalam badan
  • Menyerlahkan seri wajah
  • Menyerlahkan seri wajah

 

Kandungan

 

Madu: Merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga, madu merupakan sumber tenaga, stamina dan pemulih tenaga untuk badan kita selain berfungsi sebagai glukosa untuk menggantikan karbohidrat. Ia juga mampu membasmi bakteria, merawat dan memulihkan luka. Selain itu, madu yang bersifat antioksida dan antibakteria ini turut berperanan melembutkan kulit dan menghasilkan tona wajah yang sekata selain mengurangkan jerawat, menyembuhkan luka dengan, memudarkan parut dan menyihatkan tubuh badan.

Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyahtoksin, malah melambatkan proses penuaan sel,menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.

Kacip Fatimah: Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisa pumila terbukti dapat mengatasi masalah keputihan di samping melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Selain itu juga, kacip Fatimah mampu menyegarkan bahagian intim dan meningkatkan fungsi seksual wanita selain mencegah daripada penyakit.

Akar Serapat: Akar Serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Akar Serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan peredaran darah untuk meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan wanita.

Sirih: Sirih yang juga dikenali dengan nama saintifiknya, Piper betle banyak ditanam di sekitar Asia Selatan dan Asia Tenggara serta mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia terutamanya wanita. Daun sirih mampu mengatasi masalah keputihan dan bau yang tidak enak pada bahagian intim wanita. Herba ini bersifat antiseptik dan mampu menentang jangkitan mikroorganisme di samping merawat masalah jerawat dan kegatalan.

Kunyit: Kunyit mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman, menggalakkan penyembuhan luka serta mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Di samping itu, kunyit turut digunakan sebagai skrub untuk meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah.

Temugiring: Herba ini sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk mempercepatkan pemulihan luka, mengekalkan keremajaan dan kehalusan kulit, membuang sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit di samping menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan serta melancarkan peredaran darah agar tubuh badan kekal sihat dan aktif.

Cekur: Cekur yang turut dipanggil kencur merupakan tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Selain sering dijadikan ulam-ulaman, cekur yang bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang ini turut membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diambil ibu dalam pantang.

Halia: Halia mengandungi khasiat yang penting untuk memelihara kesihatan tubuh badan dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C. Menerusi nutrien-nutrien tersebut, halia membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah haid. Tidak kurang dengan itu, halia turut berupaya menyahtoksin, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.

Kulit Halban: Kulit pokok Halban berupaya membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan sesuai untuk diambil oleh wanita selepas bersalin.

Asam Jawa: Asam Jawa yang kaya dengan kandungan vitamin B dan kalsium ini berupaya membantu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti masalah pernafasan, demam dan penyakit kulit di samping mempercepatkan pemulihan luka dan mengatasi perut kembung. Selain itu, Asam Jawa turut berfungsi mengurangkan sakit sendi dan radang, di samping membantu mengukuhkan tulang dan otot.

 

Cara Penggunaan

 

  1. Goncang dahulu sebelum diminum
  2. Ambil 15 ml setiap kali sebelum sarapan pagi dan makan malam
  3. Disyorkan agar mengambil Minuman Wanita Dalam Pantang selama 60 hari untuk kesan yang optima

Additional Information

Weight0.59 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Minuman Wanita Dalam Pantang”