Monday , April 27 2015
Minyak Afiat
Minyak Afiat

Minyak Afiat

RM6.00RM7.50

Minyak Afiat dirumus secara tradisional menggunakan herba seperti kayu putih, serai wangi, kelapa dan daun pudina yang terbukti kebersenannya untuk melegakan sengal-sengal sendi dan otot, pening kepala, angin dalam badan, serta masalah pernafasan.

Minyak Afiat mempunyai 2 jenis:

  1. Minyak Afiat (Bulat)
  2. Minyak Hangat Afiat.
Clear selection
SKU: N/A. Category: . Tag: .

Khasiat Minyak Afiat (Bulat)

  • Melegakan sengal-sengal sendi dan tulang
  • Menghilangkan keletihan dan lenguh-lenguh badan
  • Membuang angin dari tubuh
  • Melegakan perut kembung
  • Merawat luka dan kesan gigitan serangga

Khasiat Minyak Hangat Afiat

  • Untuk melegakan sengal-sengal sendi
  • Merawat sakit otot dan pinggang
  • Melegakan perut kembung
  • Melegakan sakit kepala
  • Melegakan masalah pernafasan

Kandungan Minyak Afiat (Bulat)

Kapur Barus: Kapur barus yang mempunyai aroma khas ini telah digunakan berabad lamanya untuk tujuan masakan, perubatan tradisional serta mandian jenazah. Ia dihasilkan daripada pokok tropika iaitu Camphor Laurel (Cinnamomum Camphora) dan juga boleh dihasilkan secara sintetik. Ia mampu menenangkan bahagian luaran tubuh.

Minyak Serai Wangi: Minyak serai wangi sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan.

Minyak Kayu Putih: Sering dipanggil minyak cajeput di Indonesia, minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga membantu menghilangkan keletihan, sakit-sakit badan dan otot, selain meningkatkan peredaran darah dan aktiviti jantung.

Minyak Kelapa: Minyak kelapa berupaya melembutkan kulit yang kasar dan kering serta mampu menanggalkan kesan mekap dengan berkesan. Ia juga berperanan untuk melembap dan menyerikan lagi kulit wajah. Selain itu, masalah yang berkaitan dengan kulit seperti kulit sensitif, jerawat mahupun luka dan calar pada kulit juga dapat diatasi dengan menggunakan minyak kelapa.

 

Kandungan Minyak Hangat Afiat

 

Minyak Wintergreen: Minyak Wintergreen yang sering digunakan dalam bidang aromaterapi dan perubatan tradisional ini bersifat antiseptik dan bertindak mencegah kuman, menyembuhkan luka, serta mengatasi masalah kulit. Ia juga berperanan mengatasi penyakit sendi dan otot serta melegakan perut kembung serta selsema.

Menthol: Sebatian organik yang sering dihasilkan dari pudina dan kayu putih ini sering berfungsi menyejuk dan menyegarkan kulit, selain melancarkan sistem penghadaman, mengatasi masalah radang, melegakan perut kembung, sakit kepala dan masalah pernafasan.

Minyak Kayu Putih: Sering dipanggil minyak cajeput di Indonesia, minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga membantu menghilangkan keletihan, sakit-sakit badan dan otot, selain meningkatkan peredaran darah dan aktiviti jantung.

Minyak Pudina: Daun pudina merupakan ramuan penting untuk mengatasi masalah kegatalan kulit mahupun masalah lain seperti kulit terbakar dan kusam. Sifatnya yang nyaman dan menenangkan penting dalam menyejukkan kulit. Ia juga berfungsi dalam penghapusan toksin dari tubuh badan.

Thymol: Sebatian organik ini bersifat antiseptik, antikulat dan antioksidan yang berperanan mencegah daripada jangkitan serta melegakan masalah pernafasan.

Kapur Barus: Kapur barus yang mempunyai aroma khas ini telah digunakan berabad lamanya untuk tujuan masakan, perubatan tradisional serta mandian jenazah. Ia dihasilkan daripada pokok tropika iaitu Camphor Laurel (Cinnamomum Camphora) dan juga boleh dihasilkan secara sintetik. Ia mampu menenangkan bahagian luaran tubuh.

 

 

Cara Penggunaan

  1. Sapukan pada bahagian tubuh yang sakit
  2. Boleh digunakan pada bila-bila masa
  3. Untuk kegunaan luar sahaja

Additional Information

Weight0.32 kg
Jenis

Bulat, Hangat

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Minyak Afiat”