Monday , April 27 2015
Zuriat L’Ham
Zuriat L'HamZuriat L'Ham

Zuriat L’Ham

RM149.90

Zuriat merupakan persediaan herba bagi membantu para suami dan isteri mengatasi masalah kesuburan dan lemah tenaga dalaman. Ia diperkaya dengan ramuan semulajadi serta telah dibacakan 30 juzuk Al-Qur’an dan doa-doa pilihan bagi memelihara keharmonian rumahtangga.

Zuriat terdapat dalam 2 jenis: Adam (bagi suami) dan Hawa (bagi isteri).

Clear selection

Khasiat Zuriat

  • Membantu mengatasi masalah kesuburan bagi para suami dan isteri
  • Memperbaiki hormon di dalam tubuh badan
  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
  • Meningkatkan fungsi dan tenaga seksual
  • Membantu mempercepatkan kehamilan
  • Melancarkan kitaran haid bagi wanita
  • Memelihara kesihatan dalaman lelaki dan wanita
  • Membantu meredakan tekanan
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Membantu memelihara keharmonian rumahtangga

Kandungan Zuriat

Buah Zuriat (Doum): Buah zuriat ataupun Doum sering digunakan sebagai persediaan herba bagi membantu memperbaiki hormon di dalam tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan serta melancarkan kitaran haid bagi wanita. Buah zuriat juga sering diambil para suami dan isteri bagi mengatasi masalah kesuburan seterusnya membantu mempercepatkan kehamilan.

Air Zam Zam: Menurut hadis Nabi, air zam-zam dikatakan mampu menjadi makanan yang mengenyangkan di samping membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Ia mengandungi kandungan elektrolit yang sempurna sekaligus membantu menggalakkan fungsi organ di dalam badan seperti menstabilkan kandungan asid dan melancarkan penghantaran oksigen ke semua bahagian tubuh. Air Zam-zam yang kaya dengan kandungan kalsium, magnesium dan fluorida juga membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal, menyegarkan tubuh badan serta membekalkan nutrien kepada tubuh badan.

Kurma Ajwa: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping membantu meredakan tekanan.

Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat kandungan antioksidan ini berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mencegah kerosakan sel, mengatasi masalah pernafasan serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.

Delima (Pomegranate): Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan dan serangan kanser. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, delima juga mampu memperbaiki tekstur kulit, meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit, serta mengatasi masalah seperti kedutan dan garis-garis halus. Di samping itu, buah delima juga berupaya memelihara kesihatan jantung, melancarkan sistem pencernaan serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.

Cara Penggunaan Zuriat

  1. Goncang botol Zuriat sebelum menggunakannya.
  2. Ambil 2 sudu (20 ml) setiap pagi dan malam.
  3. Disyorkan untuk minum sambil mengadap arah kiblat dan berdoa.
  4. Simpan di tempat yang kering di bawah suhu 30 ºC.
  5. Dilarang melangkah produk ini kerana ia telah dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an dan doa pilihan.

Additional Information

Weight1.3 kg
Jenis

Lelaki, Wanita

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Zuriat L’Ham”